Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan dua isterinya, Puteri Sarah & Ira Kazar mendapat perhatian rakyat Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas.
Semalam, pada 10 Januari Puteri Sarah telah memuat naik 1 gambar dengan mengatakan di “caption” beliau mahu dilepaskan oleh Syamsul Yusof.
Advertisement
Beberapa jam selepas itu pengarah terkenal, Syamsul Yusof pula telah memuat naik 1 video dengan menjelaskan apa yang berlaku.
Video berdurasi lebih 10 minit itu menunjukkan bahawa Syamsul Yusof memberitahu bahawa selama ini beliau berdiam diri kerana beliau perlu manjaga hati kedua belah pihak isteri pertama dan kedua.
“Saya ajak awak berbincang” kata Syamsul dalam videonya dan menegaskan netizen agar tidak memarahi atau beri kata-kata negatif kepada kedua-dua isteri dan ibu bapanya.