
Syamsul Yusof sedih dengan penerimaan ibunya, Datin Patimah Ismail terhadap pernikahannya dengan Ira Kazar. Syamsul mengakui perkahwinan bersama Ira Kazar merupakan pilihannya sendiri.
Advertisement
Walaupun begitu,Syamsul tidak menyalahkan ibunya dengan apa yang telah berlaku. Ini kerana Datin Patimah Ismal tetap ibunya dan Syamsul redha dengan ujian hidup yang dilalui.
"Saya sudah memilih dia (Ira). Kemungkinan, apa diinginkan ibu, dia mahu saya menceraikan isteri saya (Puteri Sarah Liyana) sekarang ini. Tapi, saya tak boleh buat begitu. Saya mohon maaf kepada ibu.
"Jadi, saya tak ada pilihan sekarang ini. Insya-Allah, masa akan menentukan segalanya antara saya dan keluarga. Sekiranya agama (Islam) menetapkan bahawa meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib untuk berkahwin, saya akan berbuat begitu," katanya ditemui pada majlis sidang media khas diadakan semalam.
Syamsul juga meminta ibunya jangan berkongsi tentang masalah rumahtangga mereka di sosial media kerana boleh mengundang pelbagai spekulasi. Syamsul menjelaskan dia ada menghubungi ibunya tetapi keadaan masih lagi hangat dan kedua-dua pihak perlu ruang dan masa untuk Kembali pulih.
Syamsul memberitahu ibunya mendakwa yang dia berkahwin dengan Ira adalah kerana terkena sihir dan perbuatan itu dilakukan oleh Ira sendiri. Syamsul menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan menjelaskan keputusan berkahwin dua ini adalah keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri.
Sumber: Harian Metro