Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Mampu Padam Masa Silam, Syasya Akui Hanya Mampu Terima - “Kalau Boleh Pilih, Saya Tak Mahu Imej Lama Dikongsi Semula…”

tak mampu padam masa silam, syasya akui hanya mampu terima - “kalau boleh pilih, saya tak mahu imej lama dikongsi semula…”Foto: Instagram

Penyanyi, Syasya Rizal mengakui dirinya tidak mempunyai kuasa untuk mengawal penyebaran semula foto dan video lamanya yang kembali tular di media sosial.

Advertisement

Menurut Syasya, atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, kandungan tersebut sudah lama berada di platform digital, justeru mustahil untuk disekat sepenuhnya.

“Saya rasa perkara itu memang di luar kawalan saya. Benda dah lama ada di internet, jadi saya tak boleh nak minta semua orang berhenti kongsi semula,” katanya ketika ditemui HibGlam.

Tambahnya, dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan isu tersebut walaupun mengakui lebih selesa dengan penampilan dirinya hari ini.

“Kadang kadang bila ada yang tag, saya cuma like saja. Saya tak rasa saya ada hak untuk halang sesiapa,” ujarnya.

Bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Dolla itu tidak menafikan bahawa jika diberi pilihan, dia lebih rela imej terdahulu tidak lagi diungkit.

“Kalau boleh pilih, memang saya tak mahu imej lama itu dikongsi semula. Itu adalah versi diri saya yang berbeza.

“Sekarang saya lebih selesa dengan siapa saya hari ini dan mahu orang kenal saya yang sekarang,” katanya lagi.

Sejak bergelar isteri kepada Nasrullah Mohd. Sapie pada April 2024, Syasya dilihat melalui fasa kehidupan yang lebih tenang dan matang.

Penampilannya yang kini lebih sopan serta menutup aurat turut menerima pujian ramai, sekali gus membuktikan perubahan yang dibawanya disambut baik oleh peminat dan masyarakat.

Sumber: HibGlam

ERA Muzik Hit Terkini