Pelakon, model dan usahawan, Syatilla Melvin yang juga merupakan isteri kepada aktor, Shaheizy Sam, sering berkongsi aktiviti hariannya di laman sosial Instagram.

Terbaru, pasangan suami isteri ini telah mengambil peluang bercuti hujung minggu dengan mencuba permainan water slide di Klebang, Melaka.
Advertisement
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah aksi Sam yang tidak sengaja menghempap isterinya semasa bermain permainan berkenaan.
“Buah pinggang aku senak!”, balas komen Syatilla dalam satu hantaran di Instagram.

Rata-rata pengikut serta rakan artis yang menonton video berkenaan turut terhibur dengan aksi pasangan ini.
Sumber: Instagram