Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Syatilla Melvin Tak Takut Suami Digoda Wanita Lain, ‘‘Saya Percaya Sam Tak Buat Macam Tu..’’

Pelakon, Syatilla Melvin yakin suaminya tahu menjaga diri dan kepercayaan yang diberikan sejak mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu.

syatilla melvin tak takut suami digoda wanita lain, ‘‘saya percaya sam tak buat macam tu..’’

Menurut Syatilla, beliau tidak takut suaminya digoda wanita lain kerana tahu Shaheizy Sam pandai menjaga batasan.

Advertisement

"Saya percaya Sam tidak akan berbuat demikian tetapi sebagai wanita saya tetap berfikir. Disebabkan itu, saya menceburi bidang perniagaan untuk mempunyai sumber kewangan yang stabil.

"Saya tidak mahu hanya bergantung pada dunia lakonan kerana kita sedia tahu jangka masa seorang pelakon itu tidak lama. Jadi saya perlu ada simpanan sendiri demi kebaikan pada masa hadapan," katanya.

syatilla melvin tak takut suami digoda wanita lain, ‘‘saya percaya sam tak buat macam tu..’’

Syatilla dilihat kini semakin rancak mengembangkan perniagaan dan akan muncul dengan produk jamu tidak lama lagi.

Beliau mengakui mengamalkan jamu sejak usia 15 tahun dan dapat merasakan perbezaan tenaga dari segi dalaman, apatah lagui selepas berkahwin dan melahirkan anak.

Terdahulu, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam berkahwin pada 8 Februari 2016 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sheriv Samheizy, 3; dan Sarima Samheizy, 2.

Sumber: HMetro

ERA Muzik Hit Terkini