Pelakon dan juga usahawan, Syatilla Melvin meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berjauhan bersama suaminya, Shaheizy Sam yang kini sedang dalam proses kuarantin selepas pulang dari Sabah, Ahad lalu.

Advertisement
Menurut Syatilla, suaminya itu kini berada di sebuah hotel yang berdekatan dengan pejabatnya untuk perintah kuarantin selama 14 hari.

“Aku dekat opis, sam quarantine kt hotel depan opis aku ja😭 nampak dari jauh tpi xboleh pergi 😭 weiii sedih wei 😭😭” tulis Syatilla pada kapsyen.

Menerusi akaun Sam, bapa kepada dua orang cahaya mata itu juga berkongsi foto sedang menjalani ujian saringan COVID-19.
Sumber: Instagram