Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Taecyeon 2PM Umum Bakal Berkahwin Dengan Kekasih Tahun Depan!

taecyeon 2pm umum bakal berkahwin dengan kekasih tahun depan!Foto: Instagram

Ahli kumpulan 2PM, Ok Taecyeon mengumumkan bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih bukan selebriti pada tahun 2026.

Advertisement

Perkara itu disahkan sendiri oleh Taecyeon menerusi surat tulisan tangan yang dimuat naik di Instagramnya. Dalam surat tersebut, pelakon dan penyanyi itu meluahkan rasa syukur kerana telah bertemu seseorang yang memahami serta mempercayainya sepenuh hati.

“Saya ingin menghabiskan seluruh hidup saya dengan insan yang memahami dan mempercayai saya,” tulisnya ringkas.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Taec (@taecyeonokay)

 

Agensi pengurusan, 51K turut mengesahkan berita itu dan memaklumkan bahawa majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup pada musim bunga 2026 dengan kehadiran keluarga serta kenalan rapat sahaja.

Pihak agensi juga memohon agar orang ramai menghormati privasi bakal isteri Taecyeon memandangkan beliau bukan dari kalangan selebriti.

Selepas lebih dua dekad dalam industri hiburan, Taecyeon kini bersedia memulakan fasa baharu dalam hidupnya, membina rumah tangga bersama insan tersayang.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini