Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lagu 'Darling' Buat Peminat Fikir Taeyang dan Min Hyo Sudah Berpisah

lagu

Sumber: Astro Gempak 

Advertisement

Peminat pasangan Taeyang dan Min Hyo Rin menyangka yang pasangan ini sudah berpisah berdasarkan lagu terbaru Taeyang, 'Darling'. Gosip mengatakan lirik lagu tersebut untuk Min Hyo sedangkan hubungan mereka masih baik dan bukan seperti yang digembar gemburkan. 

“Saya juga ada mendengar gosip mengenai hubungan cinta kami, di sini saya ingin jelaskan kami berdua masih lagi bersama.
 
“Secara jujurnya saya juga agak terkejut dengan dakwaan itu kerana kami berdua tidak pernah berpisah.
 
“Saya rasa spekulasi itu timbul disebabkan lagu ‘Darling’ kerana liriknya menceritakan tentang putus cinta,” katanya.

Min Hyo juga kurang senang berbicara soal hubungannya terutama apabila hubungannya melibatkan orang seni juga. 

“Saya tidak kisah untuk bercerita mengenai teman lelaki sekiranya dia bukan orang yang terlibat dalam industri.
 
“Bagaimanapun disebabkan dia merupakan seorang idola dan juga mempunyai anggota kumpulan lain, saya perlu lebih bertimbang rasa.
 
“Selain itu juga harus lebih berhati-hati dan menjaga pertuturan saya,” ujarnya.

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini