Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Insaf Dan Sedih Tengok Isteri Bersalin, Tajul Kini Bergelar Bapa. Tahniah!

Penyanyi, Tajul telah berkongsi detik indah menjadi seorang bapa selepas isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung mereka malam tadi.

Bayi yang diberi nama Adriana Carissa itu dilahirkan normal dengan berat 2.8 kg di Hospital Kajang.

Advertisement

Tajul meluahkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak dan dalam masa sama berasa sedih melihat isterinya itu bertarung nyawa melahirkan anak sulung mereka itu.

Menerusi Instagram, Tajul berkongsi momen indah itu kepada peminat dan dalam masa sama mendapat ucapan tahniah daripada rakan artis.

insaf dan sedih tengok isteri bersalin, tajul kini bergelar bapa. tahniah!

Terdahulu, Tajul membuat pengakuan sudah bernikah bersama Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017 yang lalu.

ERA Muzik Hit Terkini