
Ada satu rakaman video Tajul dengan seorang perempuan yang dikenali sebagai Nurul Syamieza Eddie tersebar apabila Tajul menyebut perkataan 'wife' yang diajukan kepada wanita disebelahnya.
Advertisement
Menguatkan lagi dakwaan tersebut apabila profile wanita itu di Instagram juga ada menulis, #T dan #Immaried.
Bagaimanapun Tajul enggan mengulas isu tersebut.
“No komen,” katanya ringkas kepada Harian Metro.
Tajul juga menjelaskan ia sekadar gurauan sahaja.
“Saya belum berkahwin lagi. Insya-Allah selepas habis kontrak dengan syarikat rakaman FMC nanti. Sekarang, tinggal tiga tahun lagi.
“Mengenai panggilan ‘wife’ berkenaan, sebenarnya saya saja bergurau. Tidak menjangka pula ia jadi tular,” katanya.
Sebelum ini video tersebut menjadi viral selepas dimuatnaik oleh sebuah butik pakaian di mana Tajul baru sahaja selesai membeli baju untuk wanita yang dipanggil isteri itu.
Sumber: Harian Metro
