Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Takut Hilang Peminat, Tajul Akui Sudah Berkahwin, Isteri Kini Sarat Hamil 8 Bulan

Jika sebelum ini status penyanyi, Tajul yang dikatakan sudah berkahwin menjadi teka-teki, hari ini beliau membuat pengakuan bahawa dirinya memang sudah berkahwin.

masih sorokkan status perkahwinan, netizen dakwa isteri tajul dah mengandung?

Advertisement

Tajul mengakui sudah berkahwin pada 10 Disember 2017 dan isterinya kini sarat hamil 8 bulan dan akan menjadi ayah sekitar November ini.

Beliau juga mengakui tidak mempunyai niat untuk menipu peminat tentang status dirinya, sebaliknya tidak mahu mencampur adukkan kehidupan peribadi dengan kerjaya seni. Beliau juga lebih selesa mendiamkan diri dan takut akan kehilangan peminat sekiranya menceritakan perkara sebenar ketika namanya sedang meningkat naik ketika itu.

Tambah Tajul lagi, beliau memohon agar peminat mendoakan hubungannya bersama isteri, Nurul Syamieza Eddie, 23, bersama anaknya yang akan dilahirkan kelak.

Sumber : Mstar Online

ERA Muzik Hit Terkini