
Sumber: Berita Harian
Advertisement
Biasalah kan dalam hidup ni ada orang suka diorang puji, tak suka diorang mengeji. Jadi orang terkenal pasti lebih lagi. Itulah terjadi pada pasangan Fattah Amin dan isterinya Fazura. Bila mereka memuat naik dan menunjukkan kemesraan mereka baik di media sosial atau di luar, ada sahaja yang negatif.
"Saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang menghina dan mengutuk tapi masih mahu melihat gambar atau video kami. Mudah saja sebenarnya, jika tidak suka, mengapa membazirkan masa untuk tengok?
"Seperti yang sering saya tegaskan sebelum ini, berdoalah dan cakap saja yang baik-baik.
"Atau lebih baik berdiam diri daripada terus meninggalkan komen yang mampu mengguris hati mana-mana pihak," katanya kepada BH Online.
