Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Takut Bayi Menangis Dalam Pesawat, Ibu Ini Sediakan 200 Goodie Bag Buat Penumpang Lain

takut bayi menangis dalam pesawat, ibu ini sediakan 200 goodie bag buat penumpang lainFoto: Instagram

Tindakan seorang ibu dari Korea Selatan menyentuh hati ramai apabila beliau membagikan lebih 200 goodie bag kepada penumpang dalam penerbangan selama 10 jam dari Seoul ke San Francisco semata-mata sebagai langkah memohon maaf lebih awal jika bayinya yang berusia empat bulan menangis sepanjang perjalanan.

Advertisement

Isi setiap beg itu ringkas namun penuh makna. Di dalamnya terdapat sekeping nota manis, gula-gula dan sepasang penutup telinga.

Apa yang lebih menyentuh, nota tersebut ditulis seolah-olah dari sudut pandang bayi bernama Junwoo. Dalam mesej itu, si kecil memohon maaf jika dia menangis atau membuat bising, dan berjanji akan cuba berkelakuan baik sepanjang penerbangan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Trendyng (@trendyngmedia)

 

Kisah ini mula tular selepas seorang penumpang bernama Dave Corona memuat naik gambar beg tersebut dan isi pesannya ke media sosial.

Perkongsian itu pantas meraih perhatian ramai yang memuji sikap empati dan keprihatinan ibu muda itu walaupun dirinya sendiri mungkin dalam keadaan letih dan tertekan membawa bayi kecil dalam penerbangan jarak jauh.

Tindakan ibu ini jelas menunjukkan bahawa sedikit usaha dan keikhlasan mampu mencipta impak besar. Dalam dunia yang semakin sibuk dan individualistik, perbuatan seperti ini mengingatkan kita semua bahawa kebaikan masih wujud bahkan di tempat dan saat yang tidak dijangka.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini