
Selepas 19 tahun menjalinkan hubungan, pelakon Hollywood yang juga merupakan anak kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya berkahwin dengan tunangnya, Jean Todt, semalam.
Advertisement
Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh pemandu F1, Felipe Massa menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik beberapa foto kenangan pasangan tersebut.

Difahamkan majlis perkahwinan Michelle dan Todt diraikan di Geneva, Switzerland bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
Sebelum ini Tan Sri Michelle dan Todt pernah mengumumkan bawaha mereka merancang untuk berkahwin tetapi ditangguhkan kerana kekangan masa masing-masing.

Dan pada 2014, impian untuk mendirikan rumah tangga tidak dapat dilakukan bagi menghormati kehilangan ayah kepada pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu.