Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tasha Manshahar Bertunang Dengan Jejaka Dari Melaka

tasha manshahar bertunang dengan jejaka dari melaka

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Tasha Manshahar yang sudah tak lagi menyanyi telah selamat melangsungkan pertunangannya dalam majlis tertutup pada 24 Disember yang lalu di Kajang. 

Menurut Tasha, 25, dia dan tunangnya merancang untuk melangsungkan pernikahan pada tahun ini. 

"Kami berkenalan kira-kira setahun lalu. Insya-Allah, kami akan berkahwin pada 2018.

"Tarikhnya sudah ditetapkan. Kiranya sekarang kami sudah mula membuat persiapan kahwin," kata guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Melaka itu.

Tasha sebelum ini sudah mengambil keputusan untuk fokus dengan kerjaya sebagai guru dan tak mahu lagi aktif dalam dunia hiburan. 

"Cukuplah lima tahun jadi penyanyi. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Selain mengajar, saya juga ada menceburi perniagaan menjual tudung," katanya.

ERA Muzik Hit Terkini