Penyanyi terkenal di Amerika Syarikat, Taylor Swift memecah rekod apabila menjadi artis pertama mendominasi 10 tangga carta Billboard 100 menerusi album terbarunya Midnights.
Berdasarkan kenyataan rasmi Billboard, pemenang kepada 11 anugerah Grammy itu menjadi artis paling banyak distrim di platform muzik dalam tempoh 24 jam selepas album itu dikeluarkan awal bulan ini, kini album tersebut telah mendominasi kesemua sepuluh 10 slot teratas Billboard Hot 100 sekaligus menjadi artis pertama merangkul kejayaan tersebut dalam sejarah 64 tahun penubuhan carta Billboard.
Advertisement

Lagu Anti-Hero berjaya mengungguli senarai Billboard dan menduduki carta teratas selaku single utama album Midnights. Album tersebut juga menduduki sembilan slot yang lain menerusi lagu Lavender Haze dan Karma.
Midnights merupakan album kesepuluh Swift yang dikeluarkan pada 21 Oktober lepas susulan pengumuman mengejut yang dilakukannya sewaktu memenangi Muzik Video terbaik di anugerah Video Music Awards (VMA) ogos lalu.