Foto: Agensi
Penyanyi terkenal Hollywood, Taylor Swift, secara rasmi mengumumkan pertunangannya dengan pemain bola sepak Amerika, Travis Kelce, sekali gus merancang untuk melangkah ke alam perkahwinan bersama jejaka pilihannya itu.
Advertisement
Pengumuman itu dibuat menerusi akaun Instagram milik Swift pada hari Selasa, dan telah mengejutkan para peminat di seluruh dunia.
Swift, yang dikenali dengan lagu popular Love Story, memilih Kelce – kapten pasukan Kansas City Chiefs dalam liga NFL (National Football League) Amerika Syarikat, sebagai pasangan hidupnya. Hubungan mereka dikatakan bermula sejak tahun 2023.
Dalam hantaran tersebut, Swift menulis secara bersahaja, "Guru Bahasa Inggeris dan guru pendidikan jasmani ini akan berkahwin!"
Setakat ini, tarikh rasmi majlis perkahwinan masih belum diumumkan. Beberapa foto turut dimuat naik menunjukkan pasangan itu berada di sebuah taman indah yang dipenuhi bunga berwarna merah jambu dan putih.
Salah satu gambar merakam detik manis Kelce melutut sambil memandang ke arah Swift, manakala satu lagi memaparkan cincin pertunangan besar di jari manis tangan kirinya.
Sebagai latar muzik untuk hantaran tersebut, dipilih lagu ‘So High School’ yang dinyanyikan oleh Swift sendiri.
Menariknya, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sebelum ini pernah menulis ciapan “Saya Benci Taylor Swift” di platform X pada September lalu, kini tampil memberikan ucapan tahniah.
“Saya fikir Travis Kelce adalah pemain yang hebat, dan Taylor pula seorang wanita yang benar-benar luar biasa!” ujar Trump penuh semangat.
Sumber: Agensi

Serlahkan Gaya Dengan Cincin Idaman
Dari gaya elegan hingga romantik, cincin yang menawan ini mampu melengkapkan penampilan anda — persis inspirasi Taylor Swift.
Miliki Sekarang