Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq terdahulu menyahut cabaran daripada ERA menerusi pasukan bola sepak selebriti, Dugong All Star dalam sebuah perlawanan bola sepak.

Bertempat di Stadium Muar, perlawanan yang berlangsung seawal jam 9.30 pagi itu mendapat sambutan luar biasa apabila stadium kelihatan gamat dengan pengunjung dan penonton dari dalam dan luar negeri.
Advertisement
Perlawanan yang dibawa ke masa tambahan selepas terikat seri 2-2, berakhir dengan penentuan sepakan penalti. Pasukan pilihan YB Syed Saddiq menang menerusi penentuan sepakan penalti 4-3.
Perlawanan persahabatan yang ini diadakan juga sempena Program Jelajah Belia ‘Sayangi Malaysiaku’, bersama-sama dengan kempen World Cleanup Day hari ini, 15 September 2018.
Anda juga boleh saksikan secara live menerusi Facebook dan Youtube ERA, serta menerusi rakan media bersama, Rotikaya dan Siakap Keli.
