Pelakon jelita, Zahirah Macwilson yang kini sedang hamil anak pertamanya bersama Aiman Hakim Ridza, telah berkongsi satu teknik berguna di Instagram.
Menurut pelakon ini, pada awal kehamilannya iaitu sekitar 18 hingga 24 minggu, beliau merasakan badannya sedikit membulat menyebabkan seluar jeans tidak dapat dibutang.
Advertisement

Namun beliau mempunyai caranya sendiri, iaitu menggunakan pengikat rambut.



Bagaimanapun menurut Zahirah, beliau yang kini sudah melepasi minggu ke-26, tidak lagi menggunakan teknik ini dan terpaksa membeli seluar khas untuk ibu mengandung.

Perkongsian Zahirah di Instagram ini telah mendapat ratusan komen yang rata-ratanya mendoakan kesejahteraan bakal ibu ini.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson