Pelakon, Taron Egerton, disahkan tidak lagi akan kembali sebagai Eggsy dalam Kingsman 3 yang dijadualkan ditayangkan tahun hadapan.
Dipetik daripada Yahoo! Movie, Egerton yang membintangi watak Eggsy dalam filem berkenaan sejak tahun 2015, dilaporkan tidak lagi membawa watak itu untuk prekuel Kingsman ini nanti.
Advertisement

“Saya tidak tahu bagaimana hendak mengatakannya, tetapi saya tidak lagi akan berada dalam filem Kingsman seterusnya.
Itu tidak bermakna saya tidak akan berada di Kingsman lagi. Saya bersama Matthew [Vaughn] seketika beberapa hari lalu, kami masih bersama dalam perniagaan, tetapi perjalanan seterusnya di dunia itu (lakonan) tidak melibatkan saya”

Kingsman 3 juga dilaporkan merupakan prekuel kepada Kingsman, dimana misi Secret Service akan diadakan pada awal abad ke-20, iaitu ketika Perang Dunia Pertama.
Sebagai penganti, watak baru bernama Conrad akan diperkenalkan dalam filem Kingsman 3 itu nanti.
Sumber: Yahoo! Movie
