Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tip Menarik Kata Hati Dari Kisah Cinta Benny Blanco & Selena Gomez

tip menarik kata hati dari kisah cinta benny blanco & selena gomezFoto: Instagram

Bertahun berhubung sebagai rakan dan kolaborator muzik, Benny Blanco dan Selena Gomez akhirnya melangkah ke alam perkahwinan pada 27 September 2025 di Santa Barbara, California.

Advertisement

Dari cerita perjalanan cinta mereka, boleh disimpulkan beberapa tips berguna yang boleh dijadikan panduan dalam membina hubungan yang teguh dan bermakna:

Tip 1: Tentukan Core Values Diri & Senaraikan Kriteria Penting

Benny pernah berkata, segala ciri yang dia tuliskan pada sekeping kertas tentang pasangan impiannya rupa-rupanya menggambarkan Selena. “Jika anda sudah benar-benar bersedia untuk mencari seseorang, anda perlu buang apa yang menyakitkan dan tahu apa yang anda mahu.”

Tip 2: Diam Dan Dengar – Komunikasi Bukan Sekadar Bercakap

Benny mengungkap bahawa ramai lelaki kurang mendengar pasangan. Untuk memastikan hubungan berjalan lancar: “Shut up and listen to your partner.”

Tip 3: Hilangkan Ego, Saling Doakan Dan Sokong Impian Pasangan

Dalam satu temu bual, dia berkata: “Tidak ada ego antara kami. Dia mendoakan saya untuk menang, saya juga mendoakan dia.”

Tip 4: Jangan Kompromi Soal Harga Diri Dan Kejujuran

Dalam proses mendekati seseorang, kita sering tergoda untuk mengubah diri demi disukai. Tetapi kisah Benny dan Selena mengajar bahawa cinta paling indah berlaku bila kita tetap jujur terhadap diri sendiri, dan pasangan menerima kita apa adanya.

Tip 5: Biarkan Kenangan Jadi Bahan Inspirasi, Bukan Beban

Selama beberapa tahun mereka berkawan dan bekerjasama dalam muzik sebelum hubungan asmara. Pengalaman itu menjadi asas kukuh bagi pernikahan mereka.

Sumber: The Time

ERA Muzik Hit Terkini