Penyanyi, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah berkongsi momen-momen indah apabila beliau menerima pengiktirafan dan anugerah daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Advertisement
Pengiktirafan dan anugerah yang diberikan kepada penyanyi tersohor negara itu adalah kerana penglibatan beliau dalam bidang seni dan keusahawan dengan menerima anugerah Celebrity Entrepreneur Lifetime Achievement Awards 2019.

Menurut Tokti, beliau berharap dengan penganugerahan ini dapat menyuntik semangat beliau agar terus memberikan yang terbaik dalam kerjayanya sebagai penyanyi dan juga usahawan.
Tahniah Tokti!