Aktor Hollywood, Tom Hanks telah mengantar surat dan mesin taip jenama Corona kepada seorang kanak-kanak di Australia yang dibuli kerana namanya, Corona.

Kanak-kanak berusia 8 tahun dari Gold Coast, Australia ini mempunyai nama Corona De Vries, telah mengantar surat kepada pelakon berkenaan selepas aktor dan isterinya disahkan positif COVID-19.
Advertisement
"Saya membaca berita mengenai kamu dan isteri yang disahkan positif Covid-19. Adakah kamu okay?", tulis Corona dalam sepucuk surat.
Corona juga memaklumkan bahawa budak disekolahnya sering mengejeknya dengan koronavirus membuatkan dia merasa sedih dan marah.
Hanks membalas surat berkenaan menggunakan mesin taip jenama Corona dan menyatakan bahawa surat itu membuatkan dirinya dan isteri berasa lebih hebat.

"Kamu satu-satunya manusia yang saya tahu memiliki nama Corona - ia bagai lingkaran sekeliling matahari, satu mahkota.
"Saya rasa mesin taip ini sesuai untuk kamu. Minta bantuan orang dewasa bagaimana untuk menggunakannya dan tulis semula kepada saya,", balas Hanks sambil menulis petikan skrip dalam filem animasi Toy Story, 'You got a friend in me..'.
Sumber: Instagram