Baru-baru ini kecoh di laman media sosial mengenai status hubungan Tom Holland dan Zendaya telah berakhir. Namun Tom menafikan khabar angin tentang perpisahan mereka itu.
Melalui satu temu ramah,Tom juga menafikan khabar mengenai mereka yang telah mengikat tali pertunangan, tetapi dia memaklumkan bahawa mereka akan bertunang dalam masa yang terdekat.
Advertisement

“Sudah tentu tidak benar (putus). Itu cuma khabar angin sahaja. Kami juga belum bertunang seperti yang dikhabarkan oleh media. Tapi saya akui akan berbuat demikian (bertunang) dalam masa terdekat” katanya.
Khabar angin mengenai perpisahan ini bermula selepas Zendaya tidak lagi mengikuti akaun Instagram Tom Holland.
Semoga yang baik-baik sahaja buat pasangan ini.
Sumber Kosmo