Rancangan yang dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, Tom Tom Bak kini akan kembali mewarnai kaca televisyen anda!
Selepas melabuhkan tirai pada 2011, program yang mempersembahkan bakat anak cilik ini akan kembali semula setiap hujung minggu.
Advertisement
Uniknya musim kali ini, Tom Tom Bak Returns akan membawakan tiga segmen iaitu Ada Bakat, Jom Borak dan Ada Berani yang bukan sahaja mencabar bakat kanak-kanak, sebaliknya hos, tetamu jemputan malah tetamu di studio juga akan dicabar.
Kehadiran selebriti terkemuka tanah air seperti Ramlah Ram, Kid Search, Ernie Zakri dan Alyssa (Ceria Megastar) juga akan melengkapkan wajah Tom Tom Bak kali ini.
#TomTomBak akan mula bersiaran pada 6 September 2019 di Astro Ceria 611.
Tambah lagi, ramai yang nyata teruja untuk kembali menonton rancangan kesukaan ramai ini.


Siapa lagi yang tak sabar untuk Tom Tom Bak?
Sumber: Awani