
Foto Hiasan
Advertisement
Tahun 2025 menyaksikan banyak lagu tiba-tiba meletup hanya kerana satu tarian, satu filter atau satu POV yang jadi tular. Dengan berjuta-juta video dibuat, inilah Top 10 Lagu TikTok Global Paling Viral 2025 yang paling banyak menguasai FYP seluruh dunia.
1.Pretty Little Baby
Fenomena global! Daripada edit glow-up sampai trend soft romance, lagu ini sentiasa ada di setiap FYP. Lembut, comel dan penuh aesthetic.
2. Hold My Hand
Lagu yang paling sesuai untuk perkara perkara random yang terjadi. Ramai yang hafal frasa “nothing beats a jet 2 holiday”!
3.Rock That Body
Kalau lagu ni main, automatik rasa nak menari atau pergi gym. Trend menari paling berpengaruh tahun ini.
4. Azul
Latin vibes yang menang segalanya. Senang diikuti, catchy dan membuatkan semua orang join challenge tarian ‘Azul move’.
5.Dame Un Grrr
Hook yang membuatkan orang tersentak! Sesuai untuk trend attitude check dan video confident glow-up.
6. APT.
Masih jadi kegilaan. Lagu duet paling iconic yang membuatkan semua pasangan, bestie dan kumpulan pun nak buat POV mereka sendiri.
7. Te Quería Ver
Lagu putus cinta paling lembut dan paling menusuk hati. Banyak girl group yang buat trend ini.
8. Stecu Stecu
Lagu pelik tetapi catchy dan itulah sebab ia viral. Trend tarian pelbagai yang memang kelakar habis.
9.Anxiety
Lagu yang dimulakan dengan seorang penari kemudian diikuti beramai ramai turut menjadi irama curhat global. Ramai figura popular yang turut buat trend guna lagu ini!
10.Sailor Song
Ramai buat video cosplay, moodboard pantai dan cinematic slow motion.
Tanpa radio, tanpa promo besar kadang hanya perlu satu trend dan BOOMm, lagu terus meletup.
Top 10 ini membuktikan 2025 memang tahun paling meriah untuk muzik dan kreativiti TikTok.
Sumber: PopBase