Bakal ditayangkan pada 21 Jun 2019, filem Toy Story kini masuk siri ke-4 selepas siri terdahulu ditayangkan sekitar tahun 2010.

Ramai yang menjangkakan Toy Story telah berakhir pada siri sebelum ini dan tidak menjangkakan sambungan seterusnya pada tahun hadapan.
Advertisement
Menurut suara latar Woody, Tom Hanks, yang baru sahaja selesai merakamkan babak akhir Toy Story 4, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana francais Toy Story ini tanpa suaranya. Tambahnya lagi, ini mungkin kali terakhir beliau merakamkan suara untuk karakter Woody.

Tim Allen, yang merakamkan suara Buzz Lightyear juga berkata, filem Toy Story 4 kali ini penuh dengan emosi, penuh elemen kelakar dan juga mencabar.

Sumber: Movieweb
