Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bukan Sekadar Umumkan Puasa dan Raya, Ini Tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

ramai sangka beliau cuma umumkan puasa dan hari raya…individu ini pegang amanah semua sultan malaysia!

Setiap kali nak masuk Ramadan atau Syawal, pasti rakyat Malaysia ternanti-nanti pengumuman rasmi di kaca televisyen. Muncul seorang figura lengkap berbaju Melayu hitam, bersongkok, membaca pengisytiharan penuh tertib.

Advertisement

Ramai sangka tugasnya cuma… “esok puasa” atau “esok raya”.

Hakikatnya? Jawatan itu jauh lebih besar dan berpengaruh daripada yang kita bayangkan!

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bukan jawatan biasa. Ia sudah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan satu institusi tradisi yang menjadi nadi kepada urusan rasmi Raja-Raja Melayu.

Malah, dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah diputuskan bahawa taraf jawatan ini tidak boleh lebih rendah daripada seorang Menteri Besar.

Kenapa begitu tinggi kedudukannya?

Kerana seorang Menteri Besar hanya mewakili Sultan di negerinya sahaja. Tetapi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertindak bagi semua Sultan dan Raja yang ada di Malaysia. Besar bezanya di situ!

Lebih menarik, individu ini menyimpan satu simbol kuasa yang sangat penting iaitu Cop Rasmi atau Mohor Besar Raja-Raja.

Mohor tersebut ditempa daripada perak tulen, dan ia bukan sekadar hiasan. Tanpa cop rasmi itu, urusan besar negara tidak boleh disahkan.

Contohnya?

Pelantikan Yang di-Pertuan Agong.

Pengisytiharan rasmi.

Keputusan penting Majlis Raja-Raja.

Jika tiada cop itu, segala pengisytiharan dianggap tidak rasmi dan tidak sah.

Ya, sebesar itu peranannya.

ramai sangka beliau cuma umumkan puasa dan hari raya…individu ini pegang amanah semua sultan malaysia!

Jadi selepas ini, bila nampak beliau muncul di kaca TV umum tarikh puasa atau raya, ingatlah bahawa itu cuma sebahagian kecil daripada tanggungjawabnya.

Di sebalik pengumuman yang tenang dan tersusun, tersimpan sejarah panjang, amanah besar dan simbol kuasa institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang negara.

 

 

ERA Muzik Hit Terkini