Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tun M Bakal Jadi Moyang, Ally Mukhriz Umum Hamil Anak Sulung

tun m bakal jadi moyang, ally mukhriz umum hamil anak sulungFoto: Instagram

Khabar bahagia menyelubungi keluarga bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad apabila cucunya, Meera Alyanna Mukhriz yang mesra dikenali sebagai Ally Mukhriz, kini sedang hamil.

Advertisement

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ally menerusi satu perkongsian video di media sosial yang kemudiannya mendapat perhatian ramai di TikTok dan Instagram.

Video berkenaan merakam detik beliau memaklumkan berita tersebut kepada datuk dan neneknya dalam suasana penuh emosi.

Reaksi Mahathir Mohamad serta isterinya, Hasmah Mohamad Ali yang kelihatan terharu dan bersyukur turut mengundang pelbagai ucapan tahniah daripada warga maya. Ramai yang mendoakan agar urusan kehamilan Ally berjalan lancar.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by alyanna 🪲 (@ally.mukhriz)

 

Ally merupakan anak kepada Mukhriz Mahathir dan telah mendirikan rumah tangga bersama Ezran Daud Cheah pada Februari 2020.

Sebelum ini, beliau pernah berkongsi mengenai usaha mendapatkan zuriat termasuk menjalani rawatan kesuburan secara in-vitro fertilization. Perkembangan terbaharu ini pastinya membawa kegembiraan besar buat seluruh keluarga.

Sumber: Instagram @ally.mukhriz

ERA Muzik Hit Terkini