Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tunang Enggan Komen Foto Mesra, PU Syed Cadang Zul Ariffin Dan Intan Najuwa Bernikah

Sejak kelmarin, tular foto menunjukkan kemesraan pelakon Zul Ariffin bersama Intan Najuwa. Foto tersebut dinafikan oleh pengarah drama, Osman Ali sebagai gimik semata-mata.

pengarah kata babak itu tiada dalam drama, foto mesra zul ariffin dan intan najuwa tular

Advertisement

Ekoran daripada itu, Pencetus Ummah (PU) Syed telah memuatnaik satu teguran kepada kedua-dua pelakon ini sambil mencadangkan agar mereka bernikah.

Tambah PU Syed lagi, beliau menggesa agar wujud satu garis panduan khas bagi membendung insiden seperti ini berulang kembali.

Takkala foto ini menjadi bualan ramai, tunang kepada Intan Najuwa, Razrul Anwar Rulis bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai foto berkenaan, dan berpendapat sesiapa sahaja berhak memberikan pandangan masing-masing.

tunang enggan komen foto mesra, pu syed cadang zul ariffin dan intan najuwa bernikah

“About the photos? Sorry, saya tiada apa nak komen. This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam,” katanya.

Terdahulu, Intan Najuwa dan Razrul telah bertunang pada 18 Ogos lalu di Johor Bahru.

Sumber: Rotikaya / PU Syed

ERA Muzik Hit Terkini