Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Putus Cinta Dengan Shila Amzah? Ubai Mohon Doa Yang Baik-Baik Untuk Hubungan Mereka

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

Menerusi status yang dimuatnaik oleh Shila Amzah di Instagram, dia memberi bayangan seolah-olah hubungan cintanya bersama Ubai telah berakhir. Shila Amzah mengucapkan terima kasih kepada Ubai sepanjang lima bulan mereka menjalinkan hubungan.

Advertisement

“Terima kasih untuk lima bulan yang indah. Awak telah menjadi rakan yang hebat kepada saya, terima kasih kerana menunjukkan kasih sayang kepada Seth. “Saya hanya doakan yang terbaik untuk awak, saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati @ubaimz.

“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ni sampai bila-bila,” kongsi Shila.

Status yang dimuatnaik oleh Shila Amzah itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen malah netizen menyangka hubungan mereka sudah berakhir. Dalam temubual Astro Gempak bersama Ubai, dia menjelaskan setiap hubungan ada pasang surutnya. Ubai meminta orang ramai agar mendoakan hubungan mereka .

Ubai menjelaskan mungkin hubungan mereka kini dilanda badai tapi mungkin selepas ini hubungan mereka kembali pulih. Ubai juga menafikan dakwaan yang posting dimuatnaik oleh Shila Amzah tersebut adalah sebagai gimik untuk mempromosikan lagu terbaru.

Sumber: Astro Gempak

ERA Muzik Hit Terkini