Pelakon, Raysha Rizrose mengakui pernah membenci kakak tirinya, Nelydia Senrose ketika waktu sekolah rendah.

Advertisement
Dalam muatnaik di laman Instagram, Raysha mengimbau kenangan bersama Nelydia sewaktu melakukan aktiviti di sekolah rendah dalam satu ucapan ringkas sempena hari lahir Nelydia semalam.
"Untuk musuh karib sepanjang hidup, saya masih ingat yang saya sangat bencikan awak sewaktu sekolah rendah kerana sewaktu saya pengsan semasa menjalankan aktiviti Pengakap, cikgu memanggil awak untuk membantu.
"Awak boleh datang dengan sebotol air dan memberi amaran kepada saya supaya saya hanya boleh minum dua teguk air sahaja ketika itu.
"Semasa itu, saya keliru namun ada benarnya, saya tahu awak sanggup berkorban untuk saya dalam masa yang sama.
"Terima kasih atas kenangan pahit dan manis yang kita bina sepanjang zaman kanak-kanak. Selamat hari lahir ke-25!” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur membaca kenangan mereka bersama dan sama-sama mendoakan Nelydia untuk hari lahirnya yang ke-25.



Happy belated birthday Nelydia Senrose!
