Baru-baru ini telah berlangsung majlis perkahwinan adik kepada Umie Aida dan Erma Fatima iaitu Betty Rahmad yang juga seorang pelakon. Pasangan Betty Rahmad dan suaminya Ardy Damis telah mengikat tali pertunangan selama 5 bulan.
Apa yang menariknya, Umie Aida berkongsi di Instagram bahawa mereka sekeluarga dan tetamu yang hadir terkejut dan terkedu apabila Erma Fatima meminta hantaran hanya senaskhah Al-Quran namun yang telah habis dibaca oleh Damis sebagai hantaran untuk adik kesayangannya.
Betty juga bersyukur dan berterima kasih kepada kedua orang kakaknya yang selama ini membesarkannya dan memberikan sepenuh kasih sayang hingga dia bergelar isteri.




Tahniah Betty dan suami. Selamat menjalani rumah tangga dan berkekalan hingga ke akhir hayat :)

