
Manchester United sekali lagi mencipta Sejarah, kali ini bukan di atas padang, tetapi dalam lembaran kehormatan diraja Britain. Dengan penganugerahan Darjah Kebesaran Knighthood kepada David Beckham, kelab gergasi itu kini memegang rekod sebagai kelab bola sepak England dengan bilangan “Sir” terbanyak, iaitu lima tokoh legenda!
Advertisement
Berikut ialah senarai lima figura hebat yang kini diangkat sebagai kesatria (Knight) oleh institusi diraja Britain atas jasa luar biasa mereka dalam dunia bola sepak:
- Sir Walter Winterbottom – Pengurus pertama pasukan England selepas Perang Dunia Kedua dan bekas pemain United.
- Sir Matt Busby – Pengurus lagenda yang membina semula United selepas tragedi Munich 1958 dan membawa kelab menjulang Piala Eropah 1968.
- Sir Bobby Charlton – Wira England 1966 dan simbol kebangkitan United pasca Munich.
- Sir Alex Ferguson – Pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab dan Premier League, dengan 38 trofi sepanjang 26 tahun di Old Trafford.
- Sir David Beckham – Ikon global bola sepak moden, bekas kapten England dan kini wira kemanusiaan dunia.
Perjalanan Manchester United bukan sekadar kisah kejuaraan, tetapi kisah ketabahan dan semangat juang. Dari tragedi Munich yang meragut nyawa generasi muda “Busby Babes”, hingga ke era keemasan Ferguson dan bintang global seperti Beckham, United membuktikan bahawa darah mereka bukan sekadar merah, tetapi juga berdarah kehormatan.

Setiap ‘Sir’ dalam sejarah United bukan sekadar nama tetapi mereka mewakili era, nilai dan semangat berbeza yang menjadikan kelab ini istimewa.
Kini, dengan gelaran ‘Sir David Beckham’, Manchester United bukan sahaja kelab dengan paling banyak piala tetapi juga paling banyak kesatria diraja dalam sejarah bola sepak Inggeris.