Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cerai Dan Suami Kahwin Lain Lepas Rakam Muzik Video Tak Tun Tuang

Baru-baru ini, lagu Tak Tun Tuang menjadi tular dek kerana muzik dan liriknya yang agak lucu dan kelakar.

Namun disebalik keceriaan muzik tersebut, penyanyi asal lagu tersebut, Upiak Silvia Nanda tak terlepas daripada melalui detik hitam dan pahit dalam hidupnya.

Advertisement

cerai dan suami kahwin lain lepas rakam muzik video tak tun tuang

Menurut petikan dari Media Hiburan, Upiak berkata beliau pernah menangis selama 3 hari selepas di tinggalkan suami. Lebih memilukan, bekas suaminya menceraikan dirinya selepas pengambaran muzik video Tak Tun Tuang untuk berkahwin dengan orang lain.

Lebih sadis, penyanyi ini juga dituduh kurang siuman oleh keluarga menantunya dek kerana lagu Tak  Tun Tuang ini.

Baru-baru ini juga, Upiak sempat datang ke Johara Pagi ERA dan merakamkan muzik video sambungan daripada Tak Tun Tuang bersama Jaa Suzuran, bertajuk Tak Tun Tuang Sudah Mandi.

Sumber: Media Hiburan

ERA Muzik Hit Terkini