Pelakon jelita, Uqasha Senrose mendedahkan sebenarnya pada tahun lalu dia telah mengalami dua kali keguguran pada awal 2022 dan sekitar bulan November.
“Ketika mengerjakan umrah, ketika datang bulan, darah keluar terlalu banyak. Kemudian apabila pulang ke Malaysia, ia semakin teruk.” Kata Uqasha.
Advertisement

“Dua kali hamil, memang kedua-duanya kami berdua tidak tahu, malah macam-macam aktiviti saya buat masa itu.” Tambah pelakon itu.
Munurut isteri kepada pelakon Kamal Adli itu, kandungannya ketika gugur kali kedua sudah berusia dua bulan.
Sebagai rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah berkahwin pada 5 November 2021.