Pelakon, Uqasha Senrose, 25, menafikan bahagia adalah sebab utama kenapa berat badannya bertambah.

Menurut laporan daripada portal Astro Gempak, beliau tidak faham kenapa orang ramai perlu mempertikaikan berat badannya yang naik daripada 47 kg kepada 60 kg.
Advertisement
Menerusi kapsyen di Instagramnya, Uqasha juga berkata bahawa beliau tidak mempedulikan apa sahaja komen netizen, dan beliau bahagia dengan hidupnya.
Berat badannya yang naik sehingga 13 kg itu juga adalah sebab selera makannya yang tinggi, sehingga beliau tidak dapat mengawal berat badannya lagi.
Sumber: Astro Gempak