Selebriti versatil, Uyaina Arshad bertindak untuk tidak mengulas lanjut mengenai masa depan dan perancangan bersama Raja Syahiran.

Advertisement
Uyaina yang memilih untuk tidak berkongsi lagi hala tuju mereka berdua itu tidak menafikan setiap pasangan mempunyai perancangan masing-masing.
“Setiap pasangan semestinya ada perancangan tersendiri,” katanya.

Dia yang sibuk menjayakan drama Love, Elsa itu turut menghormati dan memahami karier masing-masing dalam industri seni ini.
“Buat masa ini, kami mahu fokus oada kerjaya masing-masing dahulu,” katanya.
Malah, pelakon itu juga memaklumkan dia sendiri akan mengumumkan kepada orang ramai jika sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga kelak.
“Kalau dah ada tarikh nanti, InsyaAllah akan diumumkan,” ujarnya lagi.
Sumber: Gempak