Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BTS Pecah Rekod, ‘DNA’ Muzik Video Pertama BTS Raih 1.3 Bilion Tontonan Di YouTube

Kumpulan penyanyi K-pop terkenal, BTS melakar satu rekod di YouTube dengan meraih lebih 1.3 bilion tontonan di YouTube bagi video muzik ‘DNA’ yang dilancarkan pada tahun 2017.

bts pecah rekod, ‘dna’ muzik video pertama bts raih 1.3 bilion tontonan di youtube

Advertisement

Ia menjadi penanda aras baharu buat BTS ini apabila berjaya mendapat tontonan paling banyak bagi video muzik mereka.

Video muzik ‘DNA’ juga mendapat tambahan 100 juta tontonan selepas berjaya meraih 1.2 bilion tontonan pada Februari lalu.

bts pecah rekod, ‘dna’ muzik video pertama bts raih 1.3 bilion tontonan di youtube

‘DNA’ adalah salah sebuah lagu utama yang dimuatkan dalam album “Love Yourself: Her” dan ia merupakan lagu pertama berbahasa Korea yang memasuki carta muzik global Billboard.

BTS yang dianggotai RM, Suga, Jin, J-Hope, Jimin, V, dan Jungkook mencatat 33 buah video muzik yang mencecah lebih 100 juta tontonan di YouTube iaitu jumlah paling banyak antara penyanyi di negara mereka.

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini