Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Video Parodi Peluang Kedua Oleh ‘Lofa Junior’ Ini Buat Ramai Senyum Sendiri

Memiliki wajah persis pelakon dan pengacara popular, Neelofa, adik Che Naura Auni pernah menjadi sebutan ramai sehinggakan beliau dibawa ke set MeleTOP untuk bersama dengan Neelofa sendiri.

video parodi peluang kedua oleh ‘lofa junior’ ini buat ramai senyum sendiri

Terbaru, kanak-kanak comel itu tampil menerusi sebuah muzik video parodi lagu nyanyian asal Nabila Razali bersama MK K-Clique yang berjudul Peluang Kedua.

Advertisement

video parodi peluang kedua oleh ‘lofa junior’ ini buat ramai senyum sendiri

Apa yang menarik mengenai muzik video itu adalah aksi comel dan bersahaja Naura bersama Adam Ghadafi yang melakonkan setiap gerak aksi dalam muzik video sebenar.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Che Naura Auni✨ (@nauraboniey) on

Selepas beberapa jam ia dimuatnaik, muzik video parodi berkenaan telah mendapat ribuan tontonan menerusi laman YouTube.

Rata-rata netizen pula memberikan reaksi positif dan tersentuh melihat permainan emosi oleh Che Naura bersama Adam.

Muzik video berkenaan turut mendapat reaksi daripada penyanyi asal lagu tersebut.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

SEDIHNYEEEE MV NIIII 😭😭😭 🥀🥀🥀@nauraboniey

A post shared by Second Chance 🥀🥀🥀 (@nabila.razali) on

Sumber: Youtube / Instagram

ERA Muzik Hit Terkini