Penyanyi baru, Zynakal, telah melancarkan single terbarunya bertajuk ‘Terbang’ dan belum pun sampai seminggu, video single pertamanya itu telah mencapai hampir 1 juta tontonan di Youtube.

Advertisement


Lagu Terbang, ciptaannya bersama Sufian Suhaimi, Sabbala dan Faiz Ruzaini juga tular dilaman Twitter sejak seminggu ini.
Lagu terbang zynakal ni dok bemain dlm pala otak aku ja.
— Siti Zuliana MY (@zuzue___) September 26, 2018
Terbang...terbang
— itsAididRNF (@SilentRich_) September 26, 2018
"Terbang melayang ku seorang
Jangan biar ku seorang
Kalau suka aku boleh ulang"
Zynakal
terbang terbang terbang melayang seorang.
— Afiq Adly (@Afiqadlyy) September 24, 2018
nakal lah zynakal nk hahahhha
Dipetik daripada laman Kosmo!, Zyn mengakui bahawa beliau terkejut dengan sambutan yang diberikan serta berterima kasih pada peminat yang memberikan sokongan.
“Saya amat bersyukur kepada Allah atas rezeki ini. Buat semua orang yang memberi sokongan terutamanya peminat, terima kasih. Anda tidak tahu berapa bersyukurnya saya berada dalam keadaan ini.
“Single pertama mendapat jumlah tontonan sebanyak 1 juta di YouTube umpama satu mimpi buat penyanyi baharu seperti saya,”
