
Foto: Instagram
Advertisement
Penyanyi terkenal Indonesia, Vidi Aldiano, membuat keputusan untuk berehat sementara daripada dunia hiburan demi memberi tumpuan kepada proses pemulihan diri serta persiapan album terbaharunya.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Vidi menerusi hantaran di Instagram, di mana beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para peminat atas sokongan yang tidak putus-putus sejak awal perjalanan kariernya.
“Terima kasih atas semua doa dan sokongan kalian. Kalian adalah bahan bakar semangat gue untuk terus sihat dan kuat,” tulisnya.
Menurut pelantun lagu Nuansa Bening itu, ini merupakan kali pertama beliau benar-benar mengambil cuti panjang sejak tahun 2014.
“Beberapa bulan ke depan gue akan ambil masa untuk rehat, fokus pada kesihatan dan juga menyiapkan album baru untuk tahun depan,” katanya.
Walaupun berehat daripada pentas nyanyian dan penggambaran, Vidi menegaskan bahawa beliau tetap akan aktif di media sosial bagi mengemas kini perkembangan terkini dan memenuhi beberapa komitmen bersama jenama yang bekerjasama dengannya.
“Tenang aja, gue masih bakal muncul di sosmed. Cuma sementara waktu ini, gue nak fokus untuk sembuh dan berkarya dalam suasana lebih santai,” jelasnya.
Vidi, yang kini bergelar suami kepada pelakon Sheila Dara, turut meminta agar peminat memahami keputusannya serta terus mendoakan kesejahteraannya. “Mungkin kita tak akan banyak bertemu untuk sementara, tapi gue harap kalian tetap doain gue supaya bisa terus semangat,” katanya.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan kini sedang membentuk pasukan penerbitan untuk menjayakan album terbarunya.
“Projek ini memang lama tertunda, tapi gue sedang kumpulkan beberapa nama hebat untuk jadi team sukses. Sementara itu, izinkan gue rehat dulu sambil perlahan-lahan siapkan karya baru,” tambahnya.
Sejak 2019, Vidi Aldiano diketahui sedang berjuang melawan kanser ginjal dan aktif berkongsi perjalanan pemulihan kesihatannya bersama peminat.
Sumber: Instagram