Penyanyi, Virgoun mendedahkan ada menerima pertanyaan dari seorang wanita yang mahu mengetahui ciri-ciri yang diinginkan untuk menjadi isteri keduanya.

Menurut Virgoun, meskipun beliau beragama Islam dan dibenarkan untuk berpoligami, namun ia bukanlah perkara wajib untuk dilakukan seseorang lelaki.
Advertisement
Malah, Virgoun memberitahu bahawa hatinya sudahpun dimiliki 4 orang iaitu isterinya, Inara, serta tiga orang cahaya mata mereka iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-syair Virgon dan Terang Sharique Virgoun.

"Alhamdulillah... agama Islam memang membenarkan poligami tapi tidak diwajibkan. Hati saya sudah dimiliki empat orang. Semoga anda cepat-cepat bertemu jodoh.
"Nasib baik di media sosial... Cuba kalau di dunia nyata, mungkin isteri saya boleh patahkan leher saya," kata Virgoun di laman Instagram miliknya.
Sumber: Instagram