Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Langgar Etika Berpakaian, Wak Doyok Kena Tegur Netizen Mat Salleh

Selebriti fesyen terkenal negara, Wak Doyok dilaporkan telah ditegur oleh seorang mat salleh di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

langgar etika berpakaian, wak doyok kena tegur netizen mat salleh

Ia berikutan tindakan Wak Doyok yang mengenakan uniform lama askar marin Amerika Syarikat, iaitu United State Marine Corps (USMC).

Advertisement

langgar etika berpakaian, wak doyok kena tegur netizen mat salleh

Menurut seorang netizen dari luar negara itu, beliau meminta Wan untuk mengeluarkan tangannya dari poket serta mencukur jambangnya apabila mengenakan pakaian berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemilik akaun @ironmaned15 juga memanggil panggilan yang agak kasar iaitu ‘Tinhorn’, yang membawa maksud seorang yang berlagak seperti mempunyai wang.

“Keluarkan tangan anda daripada poket itu dan sila cukur jambang , tinhorn.

“Berhenti mengganggu seragam USMC itu,” tulis pengguna Instagram tersebut.

langgar etika berpakaian, wak doyok kena tegur netizen mat salleh

Meskipun ia nampak biasa dimata kita, namun di pandangan lelaki itu Wak Doyok telah melanggar etika berpakaian yang sentiasa dititikberatkan oleh USMC iaitu memasukkan tangan dalam poket, serta menyimpan jambang yang sama sekali tidak dibenarkan dalam tentera US.

Sumber: Buzzkini / Instagram Wak Doyok

ERA Muzik Hit Terkini