Pelakon, Wan Sharmila mendedahkan dilaman Instagram beliau bahawa sering diganggu oleh satu pemilik akaun yang tidak dikenali.

Menurut Sharmila atau mesra dengan panggilan Lala, beliau merasa rimas kerana sudah banyak kali block akaun tersebut, namun tetap juga diganggu.
Advertisement
"Boleh tak kalau I nak buat laporan polis dan suruh tangkap je manusia ni? I rasa nama jebon tu dah banyak kali kacau I walaupun dah banyak kali I block dan report his Instagram (IG) akaun. Dia asyik cakap benda lucah yang melampau! I pun malu nak tunjuk kat sini. Haihhh. Kurang kerja ke apa orang ni..Tolong guys," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat menyarankan agar Lala membuat laporan polis bagi memberi pengajaran kepada pemilik tersebut dan juga kepada orang ramai.

Sumber: Instagram