Beberapa hari lalu, penyanyi muda, Wani Kayrie telah memuatnaik sekeping foto bersama seorang penyanyi baru, Afieq Shazwan.

Advertisement
Foto yang disangkakan majlis pertunangan mereka telah menarik perhatian peminat sambil mendoakan mereka agar kekal selamanya.

Namun menurut Wani, ia sebenarnya adalah majlis pertunangan kakak Afieq Shazwan yang berlangsung pada Jumaat lalu. Tambah Afieq lagi, keluarga mereka juga sudah saling mengenali antara satu sama lain dan ia bukan kali pertama mereka bertemu keluarga masing-masing.
Hubungan antara mereka berdua juga telah dihidu oleh media sejak mereka sama-sama menyertai program Big Stage tahun lalu.