Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Guna Nama Wani Syaz Sebab Ada 3 Artis Nama Wani

Penyanyi, Nur Syazwani Selamat, 23, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Wani, mengumumkan akan menggunakan nama Wani Syaz sebagai nama panggilan yang baru.

Advertisement

Wani yang kini popular dengan lagu Pendusta Cinta menjelaskan, ‘penjenamaan’ semula namanya itu adalah kerana ramai peminat yang keliru antaranya dengan Wany Hasrita serta Wanie Kayrie.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wani Syaz (@wanisyazofficial) on

"Disebabkan awal-awal dulu keluar jadi penyanyi dengan nama Wani sahaja, tak sangkalah pula ada penyanyi lain yang menggunakan nama yang sama. Ada Wany Hasrita dan Wanie Kayrie.

"Apabila keluar mesti orang akan panggil saya Wany Hasrita atau Wanie Kayrie. Jadi saya rasa tahun ini saya perlu tambah nama di belakang.

"Jadi, saya letaklah Wani Syaz supaya orang tak keliru.

"Sejak menukar nama menjadi Wani Syaz, sebenarnya saya sendiri masih rasa pelik nak panggil diri sendiri dengan nama itu tetapi kena biasakan jugalah," katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wani Syaz (@wanisyazofficial) on

Penyanyi berkenaan juga memberitahu sedang dalam perancangan untuk berduet bersama Wany Hasrita, namun genre lagu masih belum difikirkan.

Sumber: Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini