Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau lebih dikenali dengan nama panggilan Wany Hasrita, akan menunaikan ibadah umrah bersama ibu dan keluarganya.

Advertisement
Memetik hantaran dari Wany di laman Instagram, Wany berkata beliau merasa teruja kerana dapat mengerjakan ibadah umrah tahun ini, yang juga merupakan azamnya pada tahun lalu.


''Tak tahu nak gambarkan rasa dalam hati, azam tahun lepas dapat ditunaikan tahun ni. Alhamdulillah", katanya pada ruangan kapsyen.
Penyanyi berusia 28 tahun itu juga memohon maaf kepada semua atas salah dan silap yang pernah dilakukan, selain meminta agar mendoakan perjalanannya selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air.
Sumber: Instagram