Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Balik Haji Tak Semestinya Tinggal Dunia Seni, Wany Hasrita Tak Kisah Di Panggil Hajah

Nurshazwany Hasrita atau lebih mesra dengan nama Wany Hasrita, 27, akan berangkat menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, Mekah.

balik haji tak semestinya tinggal dunia seni, wany hasrita tak kisah di panggil hajah

Advertisement

Menurut Wany, beliau menunaikan ibadah haji kali ini bersama rakannya, Amira Othman.

Wany yang mendapat tawaran haji daripada kerajaan Arab Saudi berkata, beliau tidak kisah sekirannya dipanggil hajah sebaik sahaja pulang nanti.

"Sebaik pulang nanti, terpulanglah jika mahu memanggil saya Hajah. Jika tidak, panggil saja Wany Hasrita,", kata Wany pada pemberita.

balik haji tak semestinya tinggal dunia seni, wany hasrita tak kisah di panggil hajah

Terdahulu, Wany memberitahu perancangan awalnya adalah untuk membawa ibu bersama, namun tidak berkesempatan.

Sebaik pulang kelak, Wany juga memberitahu bahawa beliau tidak semestinya meninggalkan dunia seni, tetapi mahu melakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Sumber: [1]

ERA Muzik Hit Terkini