Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Saya Terima Jika Jodoh Ibu Sampai Dulu - Wany Hasrita

saya terima jika jodoh ibu sampai dulu - wany hasrita

Selepas 14 tahun bergelar ibu tunggal, Wany Hasrita menerima dengan hati terbuka sekiranya jodoh ibunya, Norita Jaafar sampai dahulu. 

Advertisement

Menurut Wany, pengorbanan ibunya tak ternilai dan sentiasa mengutamakan anak dalam segala situasi. 

"Saya terima jika jodoh ibu sampai dulu. Ini kerana saya tidak mahu ibu tinggal sendirian. Selama ini, ibu berpegang prinsip tidak mahu duduk bersama anak dan menantu," katanya kepada BH Online.

Ibu dan ayah Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, telah berpisah ketika usianya 12 tahun. 

"Sejak itu, ibu mengutamakan keperluan dan kehendak saya. Ibu bekerja sebagai kerani dan menggunakan segala kudrat bagi memastikan saya menjejakkan kaki ke universiti.

"Namun, kami diuji sekali lagi apabila ibu dibuang kerja lalu kami sekeluarga hilang sumber pendapatan," jelas Wany. 

"Sebenarnya, ibu bukan saja harus diraikan setahun sekali. Sebaliknya, setiap hari kerana pengorbanan mereka yang tidak ternilai. Bukan daripada segi wang ringgit, malah tingkah laku dan percakapan dengan ibu juga harus dijaga," 

"Saya berjanji, apabila tiba masa terluang, saya akan habiskan bersama ibu. Ini kerana saya tidak mahu ibu terasa hati kerana mengabaikan perasaannya," katanya.

Sumber: BH Online 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini